SPRM - Putera Arab Gagal Bukti Derma RM2.6b - BANkami

Tuesday, May 22, 2018

SPRM - Putera Arab Gagal Bukti Derma RM2.6b


Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami bertemu Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali. Kami dua kali bertemu dengan mereka. Tetapi kami kecewa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.

Sumber : MK1, MK2

No comments:

Post a Comment