SPRM - Morais Tidak Terlibat Siasatan 1MDB Tetapi "Rasuah Bekalan Ubatan"


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan bahawa timbalan pendakwa raya Kevin Morais yang mati dibunuh secara tragis tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB.

“Setahu saya Morais tiada kena mengena dengan 1MDB,” 
Sebaliknya, kata Shukri, Morais sebenarnya bekerjasama dengan SPRM dalam kes rasuah melibatkan bekalan ubat-ubatan hospital.

Morais mati dibunuh pada September 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 September dan mayatnya ditemui disimen dalam tong dua minggu lepas itu.

Tahun lepas, pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa beliau mendapat draf dakwaan kertas pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dari Morais sebelum pembunuhannya.

Rewcastle-Brown membuat dakwaan itu dalam penyataan pembelaannya dalam saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di United Kingdom pada 11 Oktober.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments