BERSATU Jangka PRK Di 4 Parlimen & 3 DUN ?


Bersatu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 9 Mei di empat kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Empat kerusi parlimen itu adalah Tasek Gelugor, Jempol, Tapah, dan Bagan Serai.

Di peringkat DUN pula, kerusi terlibat adalah Lubok Merbau dan Changkat Jong di Perak, dan Kahang, Johor.

Setiausaha Biro Guaman BERSATU Mior Nor Haidir Suhaimi berkata petisyen itu difailkan susulan isu pengurusan adil, kesalahan responden dinamakan dan/atau dakwaan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan proses pengundian yang bersih.

Jika tindakan itu berjaya, pilihan raya kecil mungkin terpaksa diadakan sekali lagi.

Di empat kawasan di atas BERSATU hanya kalah tidak sampai 1,000 undi.

Di Tasek Gelugor mereka kalah dengan majoriti 81 undi; Tapah, 614; Lubok Merbau, 409; dan Changkat Jong, 67.

Sumber : MK
BERSATU Jangka PRK Di 4 Parlimen & 3 DUN ? BERSATU Jangka PRK Di 4 Parlimen & 3 DUN ? Reviewed by Mat Ozil on June 14, 2018 Rating: 5

No comments: