NGO berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno Manser (BMF), berkata ia bersedia berkongsi maklumat yang dikumpul melalui penyiasatan selama 7 tahun berkaitan amalan rasuah oleh bekas ketua menteri dan kini gabenor negeri Sarawak, Tun Taib Mahmud dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Kenyataan BMT itu merupakan respons terhadap kenyataan Dr Mahathir yang meminta bukti tentang dakwaan rasuah gabenor negeri itu selepas pihak pendakwa Malaysia tidak menjawab surat daripada kumpulan itu sebelum ini.

“Kami gembira Perdana Menteri, Dr Mahahthir Mohamad, bersedia melihat semula dakwaan korupsi terhadap Taib dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara membuka semula kes terhadap beliau, Aliran memetik kenyataan Pengarah Eksekutif BMT, Lukas Straumann.
“Penyiasatan perlu fokus kepada dakwaan pemberian tanah negeri kepada ahli keluarga Taib dan kekayaan beliau yang tidak dapat ditentukan sumbernya.

Pada Disember 2011 gabungan NGO antarabangsa menghubungi peguam negara ketika itu, SPRM dan ketua polis negara meminta mereka menangkap dan mendakwa 13 anggota keluarga Taib kerana didakwa merancang untuk mencuri aset kerajaan Sarawak dan tanah di negeri itu. Surat tersebut tidak mendapat apa-apa respons.

Bulan lepas, BMF mengalu-alukan dakwaan gabungan NGO antarabangsa bahawa kerajaan Kanada melanggar peraturan antarabangsa untuk melindungi sebuah firma hartanah yang didakwa mempunyai hubungan dengan Taib daripada pemeriksaan awam.

BMF berkata OECD Watch yang berpangkalan di Amsterdam menulis surat kepada Angel Gurria, setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengenai kegagalan Kanada bertindak ke atas Sakto Corporation.

Sakto ditubuhkan pada 1983 oleh Jamilah Taib Murray, anak perempuan Taib, dengan pemberian daripada bapanya sebagai modal permulaan.

BMF dan aktivis pemuliharaan alam sekitar Malaysia di Toronto mendakwa Sakto, yang dianggarkan bernilai AS$250 juta, mungkin mengumpul sebahagain hartanya melalui kegiatan penggubahan wang daripada kegiatan rasuah dalam industri pembalakan Sarawak.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak dibuktikan di mahkamah, dengan kedua-dua Sakto dan Jamilah menafikannya.

Sumber : FMT