Sampai Patah Paha Bayi 3 Bulan!! Kerajaan Baru Perlu Buat Sesuatu !!


Isu penderaan, kecuaian terhadap penjagaan kanak-kanak bukan lagi isu baru, malah boleh dikatakan setiap tahun berlaku. Tetapi kebanyakaan kes hanya diam begitu saja dan kawalan ketat terhadap mereka yang ingin menjadi penjaga atau pengasuh tidak dibuat.

Ibubapa harini mostly bekerja dan anak mereka ada yang dijaga oleh keluarga terdekat atau dihantar ke pusat asuhan. Yang berlaku harini adalah pengasuh yang tidak berdaftar dan tiada kawalan daripada pihak berkuasa dari segi kawasan rumah, kebersihan rumah, ujian kesihatan emosi atau kesihatan. Semua hanya dipandang rendah dan akhirnya hampir setiap tahun kecelakaan terhadap penjagaan kanak-kanak berlaku.

Mungkin kerajaan baru boleh bangunkan satu aplikasi yang dikawalselia oleh pihak kerajaan dan memastikan setiap mereka yang mendaftar sebagai pengasuh sekurangnya mendapat gaji pokok tambahan daripada kerajaan dan segala prosedur penjagaan kanak-kanak bermula dari pemakanan hinggalah pengurusan diajar dengan betul.

Persoalannya, agensi manakah yang akan bertanggungjawab. JKM, Pembangunan Keluarga, Kemas, Permata atau Agensi baru ditubuhkan.

Rentetan berita daripada Sumber : Kosmo
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan patah tulang peha kiri ketika dijaga pengasuhnya dalam kejadian di sebuah apartmen di Jalan Parang Seksyen 19 di sini semalam.
Kejadian tersebut disedari oleh bapa mangsa berusia 29 tahun apabila mendapati anaknya menangis tidak berhenti sewaktu mengambil di rumah pengasuh tersebut pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, bapa mangsa yang curiga perilaku anaknya itu kemudiannya membawa bayi terbabit untuk pemeriksaan di Hospital Shah Alam.
Katanya, bapa mangsa merupakan pembantu perubatan di hospital tersebut manakala ibu mangsa adalah doktor di hospital sama.
"Hasil pemeriksaan termasuk X-ray mendapati tulang peha kiri mangsa telah patah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda pukul 1 pagi tadi.
"Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap pengasuh berusia awal 30-an sama ada berlaku kecuaian atau penderaan terhadap mangsa," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi.
Beliau menambah hasil siasatan awal mendapati mangsa baharu sahaja dua minggu dibawah penjagaan pengasuh terbabit dengan kadar bayaran RM400 sebulan.
Jelasnya, pengasuh terbabit yang telah berkahwin itu diketahui melalui laman sosial Facebook dengan nama Pengasuh Selangor.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) (c) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Post a Comment

0 Comments