BIJAN BI-JHEN - Kaya Gila Mampu Milik


Damn cool bila dengar bijan. Ingatkan tersalah sebut atau sengaja perli nama najib secara terbalik. Rupa-rupanya BIJAN satu jenama popular yang melangkaui batas barangan mampu milik. Manakan tidak, orang terkaya dunia pun tidak menggunakan jenama BIJAN. Yang pasti kat korea, minyak bijan banyak digunakan dalam masakan.

Pengasas bijan berasal daripada iran dan era permulaan bijan juga bermula disana. Kemudian dia berpindah ke los angeles dan jenama bijan semakin mendapat perhatian dikalangan golongan atasan. Pada tahun 2000, bijan dikatakan terpalit dengan satu kontroversi dalam promosi iklan bogel dan banyak magazine US menolak iklan tersebut.

Antara kliennya utama adalah lima Presiden Amerika - George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan, dan Bill Clinton serta ahli politik seperti Tony Blair dan Vladimir Putin dan Najib Razak. Bijan juga ada mereka fesyen kepada golongan elit seperti Oscar de la Renta, Tom Ford, dan Giorgio Armani,. Terdapat juga pelakon yang menggunakan jenama bijan seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins dan pemain bola sepak profesional termasuk Mick McCarthy dan Liam Brady.

Adakah selepas ini kita akan melihat adegan DSV atau Aliff Syukri yang akan ke butik Bijan untuk menempah barangan kesukaan kegemaran mereka. Dan sekali lagi rosmah melangkaui fesyen paling tycoon di asia tenggara.

Sumber : Wikipedia

Post a Comment

0 Comments