Cepat Sangat Membawang "Tariff Elektrik Naik"


Ada politician pembangkang cuba nak bodohkan rakyat. Tampal muka akhbar tertentu yang gambarkan tarif elektrik naik untuk semua pengguna.

Itu salah.

Faktanya apa? Tarif asas elektrik tak naik, ia kekal.

Yang naik adalah ICPT - ada elemen kos bahan api dalam tarif elektrik yang naik turun mengikut harga pasaran.

Rujuk bil TNB.

Walaupun berlaku kenaikan kos bahan api dalam penjanaan elektrik, pentadbiran Pakatan Harapan hari ini menetapkan untuk tidak mengenakan kenaikan untuk semua pengguna.

Pentadbiran Pakatan Harapan mengecualikan pengguna domestic daripada surcharge ini. Maksudnya pengguna elektrik di rumah, yang guna elektrik di bawah 300 unit tidak dikenakan "tarif naik" ini.

Untuk pengguna domestic yang guna lebih 300 unit elektrik, pengguna commercial dan industri, adakah dikecualikan juga?

Tidak. Mereka tidak dikecualikan.

Kesimpulannya apa?

Pertama, rumah yang guna elektrik bawah 300 unit tak kena "tarif naik".

Kedua, yang kena "tarif naik" ini adalah pengguna elektrik yang banyak seperti perniagaan dan kilang-kilang.

Ketiga, politik rakyat hari ini adalah politik berasaskan fakta, kajian dan ilmu pengetahuan.

Politik pembodohan sudah tidak laku.

Sekian, terima kasih. Daripada rakyat yang bertugas sebagai jurutera yang sedikit tahu tentang bidang tenaga - penjanaan elektrik.

** Maklumat copy and paste.

Jaapar Qhuntom
King of Bawang Republic

Post a Comment

0 Comments