Kelab Peminat Fattzura Bubar.... ?


Kekuatan seseorang artis adalah peminat dan ia lazimnya ditunjukkan dalam pelbagai platform, paling umum adalah menerusi Kelab Peminat.

Bagi pelakon yang juga suami kepada Fazura, Kelab “TheFa Team” yang didedikasikan untuk Fattah Amin dibubarkan pada pukul 12 tengah malam, Selasa (semalam), sekaligus meninggalkan kurang 60 “follower” dalam Instagram tersebut.


Beberapa forum dan portal sempat merakam mesej pembubaran yang bagaimanapun tidak menyatakan sebab di sebalik tindakan tersebut.

Namun ia dipercayai dilakukan rentetan posting dalam akaun sosial tersebut yang dilakukan pada waktu siang hari yang sama di samping posting dalam kelab itu sepanjang masa sejak 5 tahun ia ditubuhkan.


“Rasanya tak perlu tempoh bertenang yang kami inginkan. Selagi mana ada pihak yang masih tidak mahu berlapang dada, selagi itu keadaan akan menjadi keruh dan tak akan ada kesudahan,” petik posting itu.


Pihak berkenaan turut memohon maaf atas posting yang dikeluarkan pada waktu siang jika ia menimbulkan perasaan kurang senang atau menjatuhkan maruah sesiapa justeru memohon maaf atas kesilapan.

Ramai yang tidak pasti sebab di sebalik pembubaran namun menyampaikan kata-kata positif kepada pasangan tersebut.

Sumber : MSN

Post a Comment

0 Comments