Bila KPDNKK Mahu Bertindak Keatas Peniaga? Itu Persoalanya...


Harga turun selepas GST menjadi sifar semestinya menjadi idaman setiap daripada rakyat malaysia. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya, walaupun pelbagai aduan yang dibuat dan pelbagai drama berserta kamera ditunjukkan dalam kaca TV, masih tiada tindakan yang dikenakan terhadap peniaga yang engkar dan tidak mengubah harga sebelum GST. Pelbagai alasan yang diberikan oleh peniaga dan akhirnya diam membisu daripada pihak kerajaan. Hasilnya.. Harga Barang Kekal!

Merujuk kepada artikel malaysiakini kementerian berceloteh tentang harga barang tidak turun dan sekali lagi janji terus ditaburkan. Apa yang dinyatakan dimana :

Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.
“Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.
“Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat… daripada 10 aduan yang diterima lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, semalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Baru rasa terkena ke sekarang... KAH KAH KAH

    Dulu bukan main ckp kt BN. Sekarang baru ko tahu langit tu tinggi ke rendah.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA... SEKARANG BARU TERASA TERKENCING KAH?

    ReplyDelete
  3. Pelik ni. Dulu puji PH, sekarang hentam.. Nak join pembangkang ke MIN

    ReplyDelete