Denda RM400 Je? Kejar Jamal Sampai Indonesia...


Nak dapatkan Jamal habis kecoh satu negara, sampaikan TunM terpaksa meminta bantuan Jokowi kemudian disambung drama dengan ucapan terima kasih kerana kejayaan menangkap Jamal. Aku rasa kos untuk ektradik Jamal dari indonesia sampai ke malaysia dengan penuh selamat telah menelan kos yang banyak. Mungkin lebih daripada nilaian denda yang dikenakan.

Mengikut berita sumber : HarianMetro, Majistret Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM400 terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengaku bersalah atas pertuduhan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tahun lalu.

Jamal didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan, pada 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Jamal, 48, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.



Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum...

    Admin, aku rasa ko salah faham ni...ni denda kes pecah botol arak...kes lari dari tahanan belum bicara lagi...

    ReplyDelete