Dr Agus - Saya Minta Tun M Jangan Ulangi Sejarah Proton Gagal


KERETA NASIONAL KETIGA: JANGAN BIARKAN SEJARAH BERULANG

1. Kelmarin, di Dewan Rakyat, PM menyatakan Dasar Automotif Nasional sedang dikaji semula meliputi perkara berkaitan dengan pembangunan projek kereta nasional yang baharu.

2. Saya fikir tidak perlulah kita kepada kereta nasional ketiga selepas Proton dan Perodua. Projek ini tentunya menyebabkan harga kereta mahal kerana kerajaan akan mengamalkan dasar perlindungan dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada kereta import.  Apabila harga kereta tinggi, maka kos selenggara dan perlindungan insurans juga akan bertambah.  Ini tentunya mencekik rakyat.

3.    Selain itu, mengamalkan dasar perlindungan juga tidak adil kerana rakyat ada hak untuk harga kereta yang lebih murah. Kepakaran teknologi kita juga tidak mampu menyaingi kehebatan kejuruteraan Eropan dan Jepun. Pasaran kereta kita juga tidak luas menjadikan modal besar, tetapi keuntungannya kecil.

4. Oleh itu, jangan bebankan lagi rakyat dengan projek gajah putih ini.  Daripada membangunkan kereta baharu, lebih baik kerajaan fikirkan cara untuk mengurangkan harga kereta atau menambah baik sistem pengangkutan awam bagi melegakan kesesakan lalu lintas.

5. Pesan saya mudah. Proton telah terbukti gagal dengan berkali suntikan dan bailout.  Cukuplah kita buat kesilapan lagi supaya sejarah tidak berulang.

Sumber : DrAgus

Post a Comment

0 Comments