Ini Mekanisma Terkini Pembayaran Royalti Kepada Negeri Layak.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.

“Royalti adalah keuntungan. Ia bergantung kepada keuntungan Petronas di kawasan itu. Apa yang kita dapat dari Terengganu tidak akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Terdahulu, penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain mempersoalkan kewajaran kiraan berdasarkan keuntungan kerana ia tidak mengiktiraf negeri sebagai pemilik sumber minyak dan gas.

“Jika ia keuntungan, itu bayaran tunai dan ia bertentangan dengan janji PH untuk 20% royalti minyak,” katanya kepada FMT.

Perdana menteri mendedahkan kiraan bayaran royalti kepada negeri akan dibuat berdasarkan kepada keuntungan Petronas di negeri-negeri berkenaan di Dewan Rakyat semalam.

Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments