Rasanya dah lama juga pelakon Nora Danish tidak muncul di kaca televisyen sejak melahirkan, Ney Ney. Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Nora masih lagi kekal cantik persis anak dara.

Semalam, Nora mengacarakan program MeleTOP menggantikan tempat Neelofa. Rata-rata penonton memuji Nora yang tampil bersahaja ketika mengacara dan tidak kekok mengendalikan program tersebut.

Ramai yang sukakan cara Nora yang tidak cuba meniru gaya orang lain dan tidak keterlaluan sebagai pengacara.

Tidak kurang juga ada meminta supaya Nora dikekalkan sebagai pengacara MeleTOP bersama Nabil Ahmad. Kata netizen lagi, gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Apa pun, Nora dan Neelofa ada aura dan keistimewaan mereka tersendiri dalam bidang pengacaraan. Namun, memang tidak dinafikan Nora sememangnya seorang selebriti serba boleh dan tidak nampak gugup mengacarakan program yang disiarkan secara langsung itu.

Sumber : Rotikaya