Kylie Jenner, Gadis Muda Billionaire Senarai Forbes


Bakal menginjak usia 21 tahun Ogos ini, Kylie melancarkan produk kosmetik Kylie Cosmetics dua tahun lalu sehingga tersenarai sebagai antara produk kosmetik terlaris di dunia.

Produk pertama yang dilancarkan hanyalah rangkaian lipkit berharga USD29 seunit.

Kylie Cosmetics sepanjang dua tahun ini telah mengaut keuntungan sehingga USD630 juta. Lebih membanggakan, Kylie Cosmetics dimiliki sepenuhnya oleh Kylie dan nilai kesuluruhan keuntungan bintang realiti TV itu mencecah hampir USD1 bilion.

Selain keuntungan yang mencecah ratusan juta dolar daripada Kylie Cosmetics, Kylie juga menerima bayaran lumayan menerusi program TV, kontrak peragaan daripada Puma dan pakaian PacSun. Pencapaian Kylie mengatasi rekod yang dipegang oleh Mark Zuckerberg dan pengasas Snapchat, Evan Spiegel yang bergelar bilionair di usia melebihi 20 tahun.

Bagaimanapun, menerusi senarai lengkap 60 America's Richest Self-Made Women, penerbit filem dan ahli perniagaan terkenal, Diane Hendricks menduduki tangga pertama dengan pendapatan USD4.9 bilion, hos TV terkenal, Oprah di tangga ke-6 (3.1 bilion), Kylie Jenner di tangga ke-27 (900 juta), pereka fesyen, Vera Wang di tangga ke-34 (630 juta), Madonna di tangga ke-36 (590 juta) dan pengasas kosmetik Huda Kattan di tangga ke-37 dengan 550 juta.

Kakak tiri Kylie, Kim Kardashian, Beyonce dan Taylor Swift berada di kedudukan belakang dalam senarai tersebut. Jika dikira jarak pendapatan Kylie dan Kim, Kylie meraih lebih separuh daripada pendapatan Kim yang meraih 350 juta. Kylie bagaimanapun menerima kecaman kerana dia bukannya bermula dari susah sebelum berjaya, sebaliknya telah  terkenal dari kecil yang menjadikan produknya lebih mudah laris di pasaran.

Sumber : Cosmopolitan

Post a Comment

0 Comments