Ramai yang tahu pelakon Zarina Anjouline sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya.

Sebelum ini Zarina pernah mendedahkan dia digoda oleh suami kepada seorang selebriti wanita. Terbaru, Zarina mendakwa ada ‘peminat’ yang sanggup mengajaknya ke hotel untuk melakukan kegiatan sumbang. Apa yang lebih menjijikkan, lelaki tersebut merupakan suami orang.

Zarina juga turut memuat naik gambar lelaki tersebut yang didakwa mengganggunya dan juga pelakon Fathia Latiff. Zarina turut mendakwa lelaki itu dikalangan ‘orang-orang Tun’ yang baru dapat duit dan sudah mula lupa diri.

Bimbang kenyataannya diputar belit oleh pihak tertentu, Zarina turut menyertakan gambar bukti Whatsapp yang dihantar lelaki berkenaan resit pembayaran hotel bernilai lebih RM600.

Zarina turut menghemtam tindakan lelaki itu yang sepatutnya menaikkan taraf negara seperti yang dijanjikan, bukannya terlibat dengan isu wanita dan duit yang akan buatkan mereka ‘jatuh’ suatu hari nanti.

Sumber : Rotikaya