Semoga Adik Balqis Cekal Melawan Cancer...


Tanda pagar #Fightcancer yang ditulis ibu kepada Puteri Balqis Azizi, 11 di Instagram peribadi milik anaknya menimbulkan tanda tanya bahawa pelakon cilik itu kini menghidap penyakit barah.

Ia seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar dihadapi pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dikhabarkan menghidap masalah jantung.

Status menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar Puteri Balqis memakai topeng mulut, dipercayai dimuat naik oleh ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz.

Bagaimanapun, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan nama manjanya, Aqish kelihatan ceria beserta keterangan pada gambar berkenaan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Norashikin mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

"Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat," 

Pada Mei lalu, Norashikin dilapor mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak berusia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu yang memaksa Aqish keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

Sumber : BH

Post a Comment

1 Comments

  1. amalkan 1/4 lemon rendam dengan segelas air panas. bila dah suam, campurkan dgn madu sbg pemanis sbb kulit lemon ni kelat. minum setiap pagi.

    kanser ini besfren dgn gula, grilled meat, jeruk, air berkabonat dan byk lg

    ReplyDelete