10 Gambar Jambatan Di Italy Runtuh & Gambaran Kawasan Runtuhan

Sebuah jejambat lebuh raya runtuh pada Selasa di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa dalam apa disifatkan Menteri Pengangkutan, Danilo Toninelli sebagai satu tragedi besar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Edoardo Rixi, dalam temubual televisyen sebentar tadi mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang disahkan maut dan tidak menolak kemungkinan angka itu akan meningkat.

Tidak boleh diterima sama sekali bahawa jambatan yang begitu penting...tidak dibina bagi mengelakkan kejadian seperti ini. Bahagian tengahnya runtuh, katanya ketika ditemubual oleh SkyNews24 di Genoa.

Seorang saksi memberitahu televisyen Sky Italia, dia menyaksikan ‘lapan atau sembilan’ kenderaan di atas jejambat apabila ia runtuh dalam apa yang dikatakan ‘adegan malapetaka.’












Post a Comment

1 Comments