Umno-Pas Perlu Percepatkan Proses Perkahwinan Mereka


Perkara yang baik tidak perlu diperlambatkan, tambah lagi kalau proses perkahwinan. Kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi fitnah. Kalau dipercepatkan perkahwinan mungkin lebih bagus. Boleh bersama sehati sedansa membela nasib melayu dan menghumban golongan LGBT ke laut china selatan.

Tidak sabar rasanya menanti hari indah perkahwinan ini. Semestinya mampu menggugat rumahtangga HARAPAN berbini empat. Siapa menduga bukan...



BERMULANYA PERSEFAHAMAN POLITIK UMNO-PAS Sejarah tercipta pada hari ini apabila UMNO dan Pas buat pertama kali sejak 1978, bergandingan mengiringi calon PAS @drhalimah di Penamaan Calun PRK Dun Seri Setia. Mudah-mudahan persefahaman politik yang terjalin menjadi titik tolak kepada permuafakatan politik yang lebih utuh bagi dua parti terbesar mewakili umat Melayu Islam di Malaysia. Persefahaman politik ini tentu sekali atas asas perjuangan memelihara kedaulatan Islam dan Melayu tanpa sesekali mahu mendominasi, menafi mahupun menindas hak dan kepentingan kaum dan agama lain yang menjadi teras kekuatan dan kestabilan negara bangsa selama ini. Persefahaman politik ini juga bukanlah bersifat retorik atas nama tahalluf siyasi yang terjerat dengan perkiraan untung rugi kuasa dan perpolitikan. Sebaliknya persefahaman politik harus dijalin berpandukan prinsip Al-Quran iaitu Ta’awun Islami sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ “Dan bekerjasamalah atas perkara kebajikan dan ketaqwaan dan usahlah bekerjasama atas kejahatan dan permusuhan”. Yang penting setiap pendokong parti perlu berjiwa besar dan memahami dasar-dasar Al-Quran dan As-Sunnah agar persefahaman yang ingin dibina harus berpaksikan keimananan dan ketaqwaan seutuhnya pada Allah dan bukannya menuruti nafsu manusiawi. #persefahamanpolitikumnopas #bersatudemiIslam #kesatuanasaskekuatanummah #kesatuanummah
A post shared by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (@drasyrafwajdi) on

Post a Comment

0 Comments