Dr Maszle Tidak Perlu Heboh Kecoh Dalam Bertindak


Isunya bermula dimana perkara dalam mesyuarat canselor university diketahui oleh pihak pembangkang dan menyatakan mereka masih merujuk kepada bos lama iaitu menteri BN sebelum ini. Makanya, ia telah jadikan satu hot tempo then maszle terus mengeluarkan kenyataan saranan letak jawatan sebelum tindakan kerana berkomplot.

Rasanya rakyat malaysia sudah matang dan tidak kisah ko nak berkomplot dengan mana-mana parti pembangkang. Sama juga dengan kerajaan terdahulu, tetap ada dari wakil kerajaan yang berkomplot. Perlukah kerajaan baru ambil endah perkara ini dengan menjadikan alasan dimana kemungkinan reformasi baru tidak dapat dijalankan.

Setiap perkara perlu disertakan KPI, kerajaan baru hanya perlu menstruktut dan memberikan masa supaya kpi tercapai mengikut masa. Jika gagal, buang then amik yang baru. Tidak perlu keluar kenyataan menampakan dendam masih menebal.

Rakyat memerhati segala tuduhan lalu dan tindakan yang bakal diambil. Sehingga hari ini, masih belum ada tangkapan bekas menteri yang ditangkap atas pertuduhan rasuah. Ingat, kerajaan hanya 5 tahun, jika gagal, rakyat tinggal.

Sumber : SH

Post a Comment

0 Comments