Isu Petron Dilantik Pembekal Bahan Api Kenderaan Kerajaan.. Jawapan Kepada Pembangkang


Kecoh pembangkang mengapikan isu pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api.

Tapi nampak dangkal sangat hujah pembangkang skrg. Maka saya kongsikan info ini bagi membantu pembangkang berhujah dengan lebih berisi, bukan bagai tin kosong.

1. Shell dan Petronas merupakan pembekal tunggal bahan api untuk kenderaan2 kerajaan selama ini. Maksudnya pasaran berkaitan penggunaan bahan api untuk urusan2 kerajaan dimonopoli Shell & Petronas selama ini.

2. Jadi suka atau tidak suka, pengguna kenderaan2 kerajaan wajib masuk Shell & Petronas untuk isi minyak.

3. Kini, Petron dilantik. Namun pelantikan ini bukanlah pelantikan sebagai sole supplier (pembekal tunggal) menggantikan Shell & Petronas, tetapi sebagai salah satu pembekal selain Shell & Petronas.

4. Dengan pelantikan Petron, khidmat Shell dan Petronas diteruskan seperti biasa, cumanya kali ini Petron juga boleh diisi oleh kenderaan-kenderaan kerajaan. Kalau dulu hanya Shell & Petronas, kini ada Shell, Petronas & Petron.

5. Sepatutnya kita galakkan pilihan (choice). Bukannya serang Petron dgn hujah lemah sprt "daddy kasi ma". Kalau boleh, tak kiralah BHP, Castrol, Sabah Oil, kita galakkan supaya stesen2 minyak lain turut dijadikan pilihan, supaya pasaran tidak dimonopoli syarikat2 tertentu.

6. Kalau ikut statistik yang dikeluarkan syarikat masing2, ini jumlah stesen minyak mengikut jenama setakat tahun 2018:

Petronas: 1,065
Shell: 950
Petron: 570
Caltex: 420
BHP: 360
Lain-lain: 335

7. Jadi tidak hairan sangat top 3 dengan paling banyak stesen di seluruh negara dipilih. Faktor accessibility. Caltex sykt ke-4 paling banyak stesen di Malaysia, namun setakat ini belum dilantik sebagai pembekal mungkin sebab Caltex tidak mempunyai stesen di Sabah Sarawak.


Post a Comment

1 Comments

  1. Pmbangkng bru xde ms nk amij port ni semua. Janji hentam kerajaan. Itu je keje

    ReplyDelete