LGE Akan Pamer Equanimity Pada Umum Sebelum Dijual


Kementerian Kewangan merancang untuk
menjual kapal layar mewah 'Equanimity' yang dilaporkan akan tiba di negara ini pada Selasa.

Lim Guan Eng berkata kementerian berhasrat menjual kapal layar tersebut pada harga tertinggi agar Malaysia beroleh kembali kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion) – harga yang dilaporkan bagi kapal berkenaan.

Kapal itu akan berada di bawah jagaan kerajaan Malaysia. Tugas kementerian ialah mendapatkan nilai terbaik bagi kapal tersebut.
Jika kita biarkan begitu sahaja, setiap hari kita perlu bayar kos penyenggaraan dan aset itu juga akan merosot dan mengalami susut nilai.

Lim berkata Peguam Negara Tommy Thomas akan menyediakan dokumen berkaitan agar kawalan sewajarnya dapat dikenakan ke atas kapal layar itu.

Lim juga berkata kapal layar mewah berkenaan akan dipamerkan kepada umum sebelum dijual.

Kita harap orang ramai dapat melihatnya. Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian.

Sumber : astroawani

Post a Comment

0 Comments