Malaysia bakal memperoleh manfaat daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang menyebabkan pelabur antarabangsa memilih negara ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata dasar perang dagangan antara kedua-dua negara itu menyebabkan akan ada pelabur menarik diri dan memilih negara yang tidak berkaitan seperti Malaysia.
Kita (Malaysia) tak terbabit dalam peperangan perdagangan ini dan ada kemungkinan mereka (pelabur) yang tidak dapat pergi ke negara tertentu, akan datang ke sini (Malaysia).
Malaysia sentiasa bersedia sepanjang masa bagi menerima pelaburan terbabit dan mengalukan kehadiran pelabur.
Rabu lalu, perang perdagangan antara AS dan China semakin memuncak apabila pentadbiran Presiden Donald Trump meningkatkan tekanan ke atas China untuk konsesi perdagangan dengan mencadangkan tarif 25 peratus lebih tinggi terhadap import China yang dianggar bernilai AS$200 bilion (RM816 bilion).
Sumber : BH
0 Comments