Indonesia bersetuju menyerahkan kapal layar mewah “Equanimity” bernilai AS$250 juta yang dikaitkan dengan skandal 1MDB kepada Malaysia. Ia ditahan di Bali awal tahun ini oleh polis Indonesia atas permintaan pihak berkuasa AS.

Keputusan itu dibuat berikutan permintaan peribadi Dr Mahathir kepada Indonesia.

Lokasi sebenar Low masih misteri sewaktu pihak berkuasa Malaysia memburu beliau berikutan penyiasatan baru ke atas skandal 1MDB. Pasport Malaysia beliau telah dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

Jho Low berkata penyerahan kapal layar itu kepada Malaysia juga bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Kata beliau, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menyebut bahawa kapal layar itu sepatutnya berada di bawah penguasaan AS sehingga mahkamah menentukan pemilik sebenarnya.

“Tindakan sebegini semakin menjelaskan bahawa tidak ada bidang kuasa undang-undang di mana isu dalam kes ini boleh dihakimi secara adil berikutan putar belit media global yang didorong pihak berkepentingan politik bertujuan mensabitkan Low di ruang awam,” kata kenyataan itu.

Menurut saman difailkan oleh DoJ, Jho Low menggunakan wang yang digelapkan daripada 1MDB untuk membeli Equanimity berukuran 300 kaki dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Sumber : FMT