KJ Sindir Mahathir.. PTPTN Punya Pasal..

Manifesto PH mahu laksanakan bayaran ptptn bermula dari mereka yang bergaji RM4000. Selagi tak cecah gaji tu, tak perlu bayar. Itu pun masih belum dapat dilaksanakan. Tetapi peminjam masih boleh travel dan sekatan telah dibuka.

Kalau ikut buku hijau PAS, mereka juga mahu hapuskan ptptn, apakan daya PAS tidak menjadi pilihan rakyat. Next PRU15 PAS dan UMNO boleh gulakan rakyat sekali lagi dengan isu ptptn.

Melalui Malaysiakini Khairy Jamaluddin menegur Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataannya bahawa beliau malu dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar hutang mereka.

Beliau berkata Mahathir tidak perlu malu memandangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sendiri yang membenarkan mereka membuat penangguhan pembayaran.

"Jangan malu...Siapa yang keluarkan mereka daripada senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji mencapai Rm4,000 sebulan?" soalnya di Twitter, hari ini.

Beliau turut bertanya Mahathir jika mempunyai cadangan untuk meningkatkan balik pembayaran hutan pelajaran itu.

Khairy merujuk janji kerajaan HARAPAN untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000.

Janji itu belum dilaksanakan namun kerajaan telah membuang nama-nama mereka yang tidak membayar hutang daripada senarai hitam imigresen.

Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.



Post a Comment

2 Comments

  1. Halal kan aje lah RM36 ribu hutang PTPTN tu Tun M.. Insyaallah PRU 15 boleh menang lg.

    ReplyDelete
  2. RM36 billion bro. Bkn ribu

    ReplyDelete