Terengganu melangkaui kelantan dalam mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT. Pasangan lesbian yang dikatakan dicekup dikatakan akan menghadapi hukuman sebatan dikhalayak ramai. Tempat dan masa masih belum dinyatakan. Semestinya ia menarik perhatian netizen dan media.
Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun yang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. - Foto Ghazali pic.twitter.com/s85yI1LyoJ— Berita Harian (@bharianmy) September 3, 2018
Menurut laporan sinar harian pada tempoh hari menyatakan Dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun, petang kelmarin.
Pasangan berusia 24 dan 32 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.
Serbuan dibuat selepas mendapati ada sebuah kereta bercermin gelap yang diparkir di lokasi berada dalam keadaan mencurigakan. Ketika pemeriksaan selanjutnya dibuat di dalam kenderaan, didapati pasangan itu berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara sehingga langsung tidak menyedari kehadiran penguat kuasa.
“Bagaimanapun selepas pintu kereta diketuk beberapa kali, pasangan lesbian itu terpinga-terpinga kerana terkejut melihat kenderaan mereka sudah dikepung sebelum membuka pintu.
“Siasatan menemukan seluar dalam milik pasangan itu dipercayai ditanggalkan selain turut menemukan satu alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.
“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku kesemua barang tersebut adalah milik mereka yang digunakan untuk memuaskan nafsu masing-masing,”
Setelah disoal siasat, salah seorang daripadanya yang berasal dari Pahang memaklumkan sengaja datang ke Dungun semata-mata hendak berjumpa pasangan lesbiannya.
“Mereka memaklumkan sudah mengenali pasangan sejenisnya itu awal tahun ini melalui rakan selain mengaku sudah kerap kali ‘terlanjur’.
“Mereka mengaku memilih untuk melakukan ‘hubungan kelamin’ sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki,” katanya.
3 Comments
Puak Liberal mesti Marah ni!
ReplyDeleteSiti Kassim bakal tiba diterengganu. hahahahahahahahahaha
ReplyDeletemeriah sekali acara hukumannya yang menonton
ReplyDelete