LKS Desak IGP Fuzi Harun Letak Jawatan - Gagal Meletakkan Jho Low Senarai Notis Meral Interpol


Tan Sri Mohamad Fuzi Harun perlu meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana didakwa gagal mematuhi protokol bagi meletakkan Low Taek Jho atau Jho Low dalam Notis Merah Interpol, gesa Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit SIang.

"Beliau (Fuzi) patut letak jawatan kerana tidak dapat mematuhi protokol Interpol bagi meletakkan Jho Low ke dalam Senarai Notis Merah Interpol.
"Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan bapanya Larry Low Hock Peng bagi membolehkan kedua-duanya di hantar pulang ke Malaysia dan menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB.
"Dalam keadaan (mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap) itu, ia gambaran buruk mengenai tahap kemampuan, kecekapan dan profesionalisme PDRM," kata pemimpin veteran DAP itu dalam suatu kenyataan dari Canberra, Australia hari ini.

Kit Siang menyarankan Fuzi membaca dua buku terbaru mengenai skandal 1MDB, “The Sarawak Report – the Inside Story of the 1MDB Expose” tulisan Clare Rewcastle Brown dan buku “Billion Dollar Whale – The Man who fooled Wall Street, Hollywood and the world " karangan wartawan WSJ, Tom Wright dan Bradley Hope.

"...sama ada terdapat sesuatu (bukti) yang baru dalam dua buah buku ini kepada para penyiasat polis ataupun polis memang telah lama tahu kesemua rahsia skandal 1MDB yang didedahkan dalam buku tersebut," katanya lagi.


Fuzi Harun Pertahan Diri

Semalam, Fuzi Harun mempertahankan kenyataannya berhubung tindakan permohonan notis merah Interpol ke atas Jho Low dan bapa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

"...proses yang terlibat dalam permohonan untuk menyenaraikan mana-mana individu di dalam notis Interpol bergantung kepada protokol Interpol dan ia memakan masa serta harus melalui proses teliti yang ditetapkan agensi antarabangsa berkenaan," katanya.

Jun lalu, Jabatan Peguam Negara Singapura, Pasukan Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata Interpol telah meletakkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho dan Tan Kim Loong dalam senarai notis merah pasukan polis antarabangsa itu, sejak Oktober 2016 atas permintaan kerajaan Singapura.

Sumber : MK

Post a Comment

3 Comments

  1. Bullshit la IGP. Aku sokong igp digantikan. Cari pengganti yg takwa, bersih, berani dan..... Menteri KDN pun kena tegas, berani, fearless.... nak handle police!!

    ReplyDelete
  2. ENTAH2 DIA TAK HANTAR PUN NAMA TU. HIJACK KERAJAAN PH SECARA HALUS. PATUT MADEY TUKAR JER IGP BARU!

    ReplyDelete
  3. most probably Tun will not boot him out. that will not put PH in a good light. Tun will just let him end his contract just like the xKSN...

    ReplyDelete