Pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh akan menyertai penerbitan sebuah filem berdasarkan buku “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World”, menurut portal berita hiburan, Hollywood Reporter.
Hak filem itu diperolehi SK Global, syarikat di sebalik “Crazy Rich Asians” yang dibintangi Yeoh.
Wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope menulis “Billion Dollar Whale” mengenai skandal 1MDB dan peranan ahli perniagaan Malaysia yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho yang didakwa menyeleweng berbilion dolar dari dana milik kerajaan Malaysia itu.
“Ia adalah kewartawanan siasatan berani, kisah mengenai tindakan dan pengalaman watak bersifat eklektik yang mereka catatkan secara teliti, menjadikan buku itu seperti novel mengasyikkan serta menyeronokkan,” kata Presiden SK Global, John Penotti dipetik Hollywood Reporter.
“Kami sangat bangga dapat menyertai projek ini dan akan segera membikin filem itu.”
Sumber : FmT
2 Comments
Knp beri peluang kpd betina penyokong klepto anak kroni mca dan oportunis hollywood mengaut keuntungan drp skandal 1mdb. Sepatutnya claire sarawak report yg kita sanjungi krn usaha beliau bermati2an mendedahkan pencuri najib, rosmah dan penyokong kuat beliau michelle yeoh!
ReplyDeleteBiasala apek.. Dia pandai bermuka2 demi keuntungan
Delete