Mereka yang meninggalkan Umno ketika parti itu sedang dalam kepayahan tidak mempunyai daya tahan dalam berjuang, kata Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi.
Sebaliknya, kata Zahid, mereka hanya menyertai parti untuk jawatan dan manfaat.
Dalam sesi Facebook Live dengan Umno Online hari ini, Zahid turut menyindir pemimpin Umno yang pernah berjanji untuk berjuang "sehingga ke titisan darah terakhir".
"Sebelum ini mereka ada jawatan dan ditawarkan pelbagai kelebihan. Kini selepas (Umno) kalah, mereka tidak cakap tentang kelemahan mereka sendiri, mereka salahkan pimpinan parti.
"Kerajaan hari ini, sesetengah mereka pernah menjadi pembangkang selama 20 tahun, dan kini mereka berkuasa. Pemimpin mereka mempunyai daya tahan.
"Kita (Umno) adalah kerajaan menanti. Kita menjadi pembangkang bukan empat tahun, baru empat bulan. Daya tahan ini, kenapa terhakis terlalu cepat?
"Kalau dulu dalam Umno, mereka kata akan berjuang sehingga titisan darah terakhir. Tapi tidak satu titik darah pun yang jatuh, kenapa lari?" katanya.
Zahid menambah bahawa terdapat dua kategori orang dalam Umno.
"Kategori itu adalah 'orang Umno' dan 'ahli Umno'. Orang Umno tidak akan pernah tinggalkan parti walau apapun yang terjadi, namun ahli Umno akan meninggalkan parti mengikut jawatan dan manfaat yang diberikan kepada mereka," katanya tanpa menyebutkan nama tertentu.
Sumber :
MK
2 Comments
err...Zahid ni lupa ke bahawa majoriti bekas2 Presiden UMNO kecuali Najib dan Abdullah, keluar dari UMNO? Umno ni sebenarnya satu pertubuhan cari makan. Anggota2 dan pimpinannya semua menyertai UMNO sebab nakkan habuan. Maka apabila UMNO jatuh dari tampuk pemerintahan dan kehilangan kuasa dan duit, mereka semua seperti langau akan pergi mencari habuan di tempat lain. Pak Zahid tidak sepatutnya terkejut malah kalau diingat Zahid juga mempunyai sifat yang sama, bertukar2 taat setia kepada pemimpin UMNO yang ada kuasa pada masa itu.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
Dia sdiri kot xfhm knapa ckp gitu
Delete