Sebat Syarie Terhadap Lesbian Ini Komen Badan Peguam Terengganu

Pada pagi tadi dikatajan berlangsungnya acara sebatan syarie yang dikenakan terhadap pasangan lesbian. Pasangan tersebut disebat dikhalayak ramai dab dikatakan hanya 100 orang sahaja dibenarkan untuk melihat.

Apa yang menarik, sebatan tersebut mendapat pujuan daripada Jawatankuasa Badan Peguam Terengganu menyifatkan sebatan syarie yang berlangsung pertama kali di negeri itu hari ini memberikan “gambaran yang lebih positif” kepada masyarakat.

Kesimpulan itu dibuat setelah hukuman itu dilakukan di hadapan khalayak umum di dewan mahkamah di Kuala Terengganu padi tadi.

“Saya rasa perlaksanaan hukuman sebat hari ini memberi satu gambaran yang lebihan jelas kepada masyarakat.

“Saya sendiri pun agak keliru, dibayangkan hukuman itu hukuman yang sangat keras.

“Tapi apabila kita melihat apa yang berlaku hari ini, ia memberi satu gambaran yang lebih positif kepada masyarakat,” kata pengerusinya Sallehudin Harun.

Sejarah tercipta hari ini apabila pasangan lesbian 22 dan 32 tahun disebat dalam dewan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan kira-kira 100 orang.

Hukuman dikendalikan oleh Jabatan Penjara itu dijalankan setelah mereka disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan sejenis dalam kereta.

Sumber : MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Kerajaan pas tganu dipuji. SPRM pulak terkejut

    ReplyDelete