KJ Memilih Tidak Setuju Tindakan Sebat Pasangan Lesbian Yang Ditangkap


Semestinya akan timbul pelbagai pendapat samada yang memihak ataupun yang menentang tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dalam mengenakan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap 2 wanita lesbian.

Malaysiakini menyatakan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamalauddin berkata, "banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT," selain daripada melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai.

Khairy mengulas isu hukuman sebatan syarie yang pertama kali di negara ini terhadap dua wanita pasangan LGBT di Terengganu hari ini.

"Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT. Walaupun termaktub dalam undang-undang, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.
"Islam mengajar kita untuk menjaga maruah setiap manusia. Dan belas ihsan lebih diutamakan daripada hukuman," kata bekas calon presiden Umno itu pada suatu hantaran Twitter.

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita berkenaan kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.


Berbentuk pengajaran

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding berkata hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Post a Comment

2 Comments

  1. Agaknya gay lebih ramai atau lesbian? Tp lesbian jg dulu kena sebat di negeri ayoh cik. Hebat

    ReplyDelete
  2. Adakah lesbian tu dinasihatkn terlebih dahulu. Diberi kaunseling terlebih dahulu. Atai memilih utk terus menghukum.

    ReplyDelete