Serbuan "Disco Pantai" Pulau Perhentian


Kami pernah bertandang ke sana untuk melihat suasana disco pantai seperti yang digemburkan sebelum ini. Kami juga ada bertanya pada penduduk tempatan samada pihak berkuasa mengetahui atau tidak. Mereka mengatakan banyak membuat aduan dan serbuan sebelum ini juga pernah dibuat. Tetapi selepas beberapa bulan, aktiviti tersebut bermula semula.

Disana atau lebih dikenali "pulau besar" adalah pusat utama aktiviti malam. Terdapat banyak pub dikawasan tersebut yang menghidangkan arak untuk pengunjung asing. Pada malamnya aktiviti dipanggil "bermain api" dimulakan. Selepas habis, barulah disco berjoget secara beramai-ramai ditepi pantai. Ia dibuat secara terbuka.

Hari ini SinarHarian melaporan dua pusat hiburan di Pulau Perhentian, Besut, yang memperkenalkan konsep 'disco ala pantai' diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 10 remaja tempatan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang asyik berpesta arak dicekup selain turut dirampas beberapa botol minuman keras dipercayai baki minuman yang diminum mereka.

Menurut sumber, serbuan yang turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Tok Bali dijalankan ekoran aduan penduduk tempatan kerana sudah bosan dengan aktiviti tidak bermoral di pusat hiburan berkenaan yang didakwa sudah beberapa tahun beroperasi dalam 'diam'.

"Penduduk mendakwa pusat hiburan itu dijadikan 'port' pengunjung tempatan terutama kaki botol melepaskan gian minum arak terutama pada musim cuti selain melakukan aktiviti maksiat apabila menari bersama pasangan masing-masing dalam keadaan mabuk.
"Turut menyedihkan, penduduk mendakwa disebabkan kewujudan pusat hiburan yang beroperasi sehingga jam 5 pagi hampir setiap hari itu menjadi punca golongan remaja dan belia dalam kalangan anak jati di pulau itu semakin rosak akhlak kerana terpengaruh," katanya.
"Mereka mendakwa dengan wujudnya pusat hiburan itu banyak menyumbang kesan buruk seperti jenayah termasuk rogol, cabul, curi, pukul melibatkan mangsa, penduduk tempatan yang kerap dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.
"Mereka bimbang sekiranya tindakan tegas tidak diambil, akan memburukkan lagi keadaan dan berkemungkinan jenayah lebih berat akan berlaku melibatkan penduduk setempat," katanya.

Dalam operasi yang mendapat kerjasama penuh penduduk tempatan juga menyaksikan penahanan seorang lelaki bersama dua teman wanita di dalam sebuah bilik tumpangan di sekitar kawasan kampung pulau terbabit, kira-kira jam 4.30 pagi.

Kesemua yang ditangkap kemudian dibawa ke Pejabat Agama Besut untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 23(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana meminum minuman yang memabukkan manakala ketiga-tiga individu berusia 26 tahun itu ditahan dibawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan kesemua tangkapan individu dalam operasi itu.

Jelasnya, JHEAT akan memastikan operasi berkala dijalankan pada masa seterusnya dalam usaha membasmi orang Islam meminum minuman memabukkan terutama arak.

Post a Comment

1 Comments