Cara BN Bazirkan Wang Rakyat, RM7 juta Untuk Kaca Kalis Peluru - Guan Eng


Malaysiakini | Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membatalkan sebuah projek bagi menggantikan tingkap di tiga tingkat teratas di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya dengan kaca kalis peluru.

Lim berkata, projek yang diluluskan ketika pentadbiran BN itu akan menelan belanja RM7 juta, jika diteruskan.

"Ada cara lebih mudah untuk bunuh saya, berbanding sniper (penembak hendap)," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Menyifatkannya sebagai satu pembaziran, beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata projek itu sebagai satu lagi contoh sikap pentadbiran BN yang berlebih-lebihan.

"RM7 juta untuk kaca kalis peluru, beginilah cara mereka membazirkan wang," katanya lagi.

Ketika pentadbiran lalu, tingkat 10 bangunan itu menempatkan pejabat timbalan ketua setiausaha perbendaharaan, tingkat 11 untuk pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri kewangan, manakala tingkat 12 untuk bilik mesyuarat.

Pada masa itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri kewangan dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai menteri kewangan kedua.

Timbalan mereka pula ialah Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong.

Post a Comment

4 Comments

  1. kah kah kah

    takut bebenor kena tembak dgn sniper. kang polis malaysia cekap

    ReplyDelete
  2. menteri dulu tpengaruh dgn movie la ni. tu bazir juta2. nak mati tak kira tempat woiiiii

    ReplyDelete
  3. Tender 7 juta, komisyen 20%, kaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot lebih 50% dgn najib segalanya mungkin

      Delete