“Dan saya ingin tambah... as far as I am concerned, Dr Mahathir is simply awesome (mengagumkan) and genius (sangat pintar).

Setelah dihentam oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda semalam sebagai ‘budak’ Anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tampil membela Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau telah membaca kenyataan Syed Saddiq yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “Tun M, the perfectionist” dan berkongsi kisah di sebalik ucapannya di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini.

“Itu pandangan peribadinya. Mungkin setengah pihak tidak begitu selesa dengan istilah Mr Perfectionist... mungkin istilah itu agak hyperbolic,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Tunku Ismail menulis: “Orang yang pentingkan kesempurnaan. Sama ada kamu berkhayal atau taasub?

“Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak. Buat kajian sikit.”

Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa mengakui dulu sebelum wujud Pakatan Harapan dan semasa Dr Mahathir bersama BN, dirinya agak kritikal terhadap pemimpin berkenaan.

“In certain parts, saya silently admired his courage and his boldness dalam isu -isu luar negara.

“Sekarang saya ada pengalaman sedikit dalam beberapa occasion bersama dalam satu majlis dengan YAB PM. Saya tak mahu guna istilah perfectionist for I only reserve such a term to God .

“Tapi saya boleh setuju dengan kenyataan2 lain YB Menteri. Bagi saya, kenyataan YB Menteri fair and reasonable.

“Dan saya ingin tambah... as far as I am concerned, Dr Mahathir is simply awesome (mengagumkan) and genius (sangat pintar).

Untuk rekod Mohamed Hanipa adalah bekas peguam dan pemimpin PAS sejak tahun 1980an sebelum bersama AMANAH dan HARAPAN pada tahun 2015.

Sumber : MK

Post a Comment

2 Comments

  1. I share the same view of YB Mohamed Hanipa viz YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman's statement very much to the distaste of other individual.

    YB Hanifa and or YB Syed and many other citizens of this nation are so used "to be seated below the stage" and "to look up" to something superficially important and powerful. On the contrary there will be individual/s who are always seated on high ground and never experience the feeling of the commoners.

    Thus anything unusual or something better will always get resentment by those superfical personalities........

    To me when not many come to praise, you feel jealous and uncomfortable....wallahukalam

    ReplyDelete