Perit pedih membayar atau mungkin menanti kenaikan harga tol lagi tampaknya kekal ditanggung rakyat. Walaupun jalan lebuhraya terutama LPT2 tidak ubah seperti jalan kampung.
Harian Metro | PEMBINAAN lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini adalah beban yang besar.
“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya.
Beliau berkata kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.
Perhimpunan itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan “Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global”.
Ini lawatan kali kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi perdana menteri bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei dan perhimpunan di peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpulan 10 anggota itu bulan depan di Singapura.
Menjelaskan selanjutnya mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.
“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya. Mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?”
Dr Mahathir berkata, di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai malah lebih tinggi.
“Jadi, mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayar.
“Tetapi di sini pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita. Bagi mereka yang tidak menggunakan (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?”
Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan oleh sebab sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika dilaksanakan.
4 Comments
Oh dunia ini
ReplyDeletePenuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan
Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan
( korus 1 )
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya
( korus 2 )
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi
Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...
( ulang dari korus1 )
"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan.
ReplyDeleteOk tak ada laluan percuma, ikut suka kau lah tun. Tp KURANGKAN KADAR TARIF. Klu tun tak setuju jg, aku cadangkan majlis presiden PH vetokan tun. Klu tak setuju jg, kamu tahu apa yg menunggu kamu di pru15. Rakyat dah lama bersabar
ReplyDeletePM pilihan tun mencuri, rakyat jg kena hukum bayar tol utk tlg langsai hutang. Brp kali kami nak dihukum?
ReplyDelete