Harapan Tanpa Tol Berkecai | Tun M Kata Manifesto Dibuat Tanpa Sedia Jadi Kerajaan

Perit pedih membayar atau mungkin menanti kenaikan harga tol lagi tampaknya kekal ditanggung rakyat. Walaupun jalan lebuhraya terutama LPT2 tidak ubah seperti jalan kampung.

Harian Metro | PEMBINAAN lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini adalah beban yang besar.

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya.

Beliau berkata kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.

Perhimpunan itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan “Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global”.

Ini lawatan kali kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi perdana menteri bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei dan perhimpunan di peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpulan 10 anggota itu bulan depan di Singapura.

Menjelaskan selanjutnya mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya. Mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?”

Dr Mahathir berkata, di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai malah lebih tinggi.

“Jadi, mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayar.

“Tetapi di sini pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita. Bagi mereka yang tidak menggunakan (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?”

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan oleh sebab sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika dilaksanakan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Oh dunia ini
    Penuh kepalsuan
    Oh mungkinkah tiada
    Keikhlasan
    Apakah ini
    Suatu pembalasan
    Ku sedar kebesaranMu Tuhan

    Aku bagai seorang
    Kembara jalanan
    Terumbang ambing
    Di lautan gelora
    Mencari kebahagiaan
    Dahan untuk menumpang kasih
    Mungkinkah suratan
    Hidup kau selalu keseorangan

    ( korus 1 )
    Hati membeku mengingatkan
    Kata janji manismu... oh...
    Ku dilambung angan-angan
    Belaian kasih sayang suci darimu
    Oh kejamnya

    ( korus 2 )
    Lidah tidak bertulang
    Ucapan cinta menghiris kalbu
    Ku kan pergi membawa diri
    Cinta di hati terkubur lagi

    Tidak ku fahami
    Mengapa terjadi
    Peristiwa pahit mengguris hati
    Jalanan hidup ini
    Sudah tertulis
    Kutempuhi dengan kesabaran
    Kusedar kebesaranMu Tuhan...

    ( ulang dari korus1 )

    ReplyDelete
  2. "Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Ok tak ada laluan percuma, ikut suka kau lah tun. Tp KURANGKAN KADAR TARIF. Klu tun tak setuju jg, aku cadangkan majlis presiden PH vetokan tun. Klu tak setuju jg, kamu tahu apa yg menunggu kamu di pru15. Rakyat dah lama bersabar

    ReplyDelete
  4. PM pilihan tun mencuri, rakyat jg kena hukum bayar tol utk tlg langsai hutang. Brp kali kami nak dihukum?

    ReplyDelete