Ini Penjelasan Bagaimana RM10.02 Boleh Dituntut Sekiranya ECRL Dibatalkan

Astro Awani | Kerajaan Malaysia boleh menuntut semula RM10.02 bilion yang dibayar kepada kontraktor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya projek itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan meneruskan projek tersebut ataupun tidak kerana proses rundingan masih berjalan.

“Pihak MRL (Malaysia Rail Link Sdn Bhd) dan CCCC (China Communications Construction Company) juga telah mengadakan beberapa sesi rundingan teknikal di antara syarikat sejak bulan Julai sehingga Oktober 2018 bagi memperhalusi cadangan dan langkah-langkah untuk mengurangkan kos perbelanjaan bagi menyiapkan projek ECRL.
“Walau bagaimanapun sehingga kini, pihak MRL dan CCCC masih belum mencapai persetujuan bagi cadangan pengurangan kos perbelanjaan Projek ECRL. Namun begitu, segala butiran perundingan masih perlu dirahsiakan sehingga rundingan selesai dan persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang bertanyakan berkenaan perkembangan terkini perbincangan Kerajaan dengan Kerajaan China berkenaan projek ECRL dan berapa kos keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh pemaju projek.

Jumlah kos projek ECRL yang sebenar adalah sebanyak RM80.92 billion itu terdiri daripada kos pembangunan sebanyak RM69.83 bilion dan kos pembiayaan sebanyak RM11.09 bilion.

Sehingga kini, pihak MRL selaku pemaju projek ECRL telah membayar CCCC sejumlah RM19.68 bilion iaitu bayaran pendahuluan sebanyak RM10.02 bilion yang bersandarkan “Advance Payment Bond” dan bayaran kemajuan projek sebanyak RM9.67 bilion bagi kerja-kerja kemajuan projek setakat 15 Febuari 2018.

Tambah Guan Eng, Kerajaan negeri Selangor telah menentang projek ECRL kerana rangkaian keretapi daripada Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan permohonan Tapak Warisan Sedunia UNESCO, iaitu bagi Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16km yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Post a Comment

2 Comments

  1. jawapan dia.. dpt balik wang pendahuluan. hahahahahahaa

    ReplyDelete
  2. Aku ingatkn apa yg dpt. duit pendahuluan jer.

    hahahahahaha

    ReplyDelete