Berdasarkan maklumat sumber, SPRM sudah meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Irwan Serigar untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya bagi membantu siasatan IPIC, pada jam 2 petang esok.
“Kedua-dua mereka sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan berkemungkinan pihak SPRM akan menahan Irwan Serigar sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan pada hari berikutnya.
“Bagaimanapun, Najib mungkin akan dilepaskan selepas proses merakam percakapan dilakukan sebelum turut didakwa bersama Irwan Serigar Khamis ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Katanya, Najib bakal berhadapan dengan enam pertuduhan berhubung siasatan ke IPIC, namun tidak dapat memaklumkan jumlah pertuduhan yang bakal dilakukan terhadap Irwan Serigar.
Sebelum ini, SPRM menahan Najib semalaman di ibu pejabat SPRM sebelum mendakwanya berhubung kes membabitkan 1MDB dan SRC International.
Sementara itu, News Straits Times (NST) hari ini melaporkan bahawa Najib berkemungkinan berhadapan sekurang-kurangnya empat pertuduhan berhubung urusan 1MDB dan IPIC.
Laporan berkenaan mendedahkan bahawa penyiasat SPRM meneliti bagaimana pentadbiran lama menyelesaikan hutang dengan duit cukai dan cuba mengenalpasti pihak yang meluluskan bayaran berkenaan yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan Kabinet.
1 Comments
Haaaaa.. siasat skali ksu lain..
ReplyDelete