Jambatan Bengkok - Lampu Merah Azmin Ali


FMT | Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembinaan jambatan bengkok tidak sesuai dilaksanakan sekarang berdasarkan ekonomi negara, sebaliknya keutamaan kerajaan ialah projek yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

“Ia dicadangkan oleh menteri besar Johor, tetapi berdasarkan situasi fiskal negara kita, (ia) tidak sesuai buat masa sekarang,” katanya selepas taklimat tertutup Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 kepada ketua pengarang agensi media di bangunan Parlimen hari ini.
“Keutamaan adalah (projek) yang boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat, seperti mana yang saya katakan kepada editor, ianya seperti projek pembinaan hospital, sekolah, jalan raya itu yang perlu diberikan kepada rakyat, yang beri kebaikan kepada mereka.”

Beliau merujuk kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian semalam yang projek kontroversi jambatan bengkok menghubungkan negeri itu dan Singapura, dalam perancangan semula.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1996, tetapi perbincangan untuk membinanya menemui jalan buntu sehingga menyebabkan ia dibatalkan pada 2006.

Mengikut perancangan asal, jambatan bengkok sepanjang 1.4km sepatutnya menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06km yang digunakan sejak 1923.

Ia digelar jambatan bengkok kerana reka bentuk melengkung jambatan itu dalam perairan negara, sebelum bertemu bahagian tambak di Singapura.

Azmin berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan kedudukan kewangan negara sebelum melaksanakan sesebuah projek dan cadangan membina jambatan bengkok akan dipertimbangkan apabila kewangan negara bertambah baik.

“Perlu utamakan projek infrastruktur, tapi saya pasti kerajaan negeri akan suarakan perkara ini di peringkat persekutuan.
“Bila sudah terima cadangan, barulah menteri akan lihat perkara ini, sama ada kita ada kapasiti pada masa ini untuk terus projek atau kita boleh pertimbangkan bila situasi sesuai untuk kita.”

Post a Comment

3 Comments

  1. Frust madey dgr ni

    ReplyDelete
  2. buat jela... amik ahti mahathir.. dh tua baru sempat tgk jambatan tu.

    ReplyDelete
  3. idea bodek madey.. pandai sungguh johor

    ReplyDelete