Kerana Hapus GST, Ini 4 Cukai Baru Yang Mungkin Akan Diperkenalkan


Seorang penganalisis ekonomi berpendapat kerajaan mungkin akan memilih untuk memperkenalkan sama ada :

  1. Cukai soda 
  2. Cukai harta warisan
  3. Cukai ke atas jual beli internet atau 
  4. Cukai ke atas jual beli saham.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, daripada keempat-empat jenis cukai berkenaan, kerajaan perlu memilih jenis cukai yang lebih produktif dan mudah dilaksanakan.

“Saya rasa cukai ke atas urusan jual beli saham boleh dilaksanakan dengan mudah kerana sekarang ini semua jual beli saham perlu didaftarkan dan dikenakan cukai setem. Kalau kita nak kenakan cukai ke atas keuntungan, urus niaga itu akan menambah satu lagi peringkat,” 

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kerajaan mungkin memperkenalkan cukai baru dan menjual aset negara untuk membayar hutang peninggalan kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata, terdapat cadangan memperkenalkan cukai baru, walaupun beliau sedar rakyat akan menentangnya.

Mengulas lanjut Barjoyai berkata pada masa ini, urusan jual beli saham masih lagi belum dicukai dan menjangka kerajaan akan memilih cukai itu kerana ia menawarkan hasil lebih tinggi.

Menurutnya ini disebabkan jumlah nilai jual beli saham adalah besar dan melibatkan lebih RM100 bilion nilai urus niaga setahun.

“Kalau dicukai dari segi pendapatan, kerajaan akan kenakan sebahagian daripada cukai pendapatan yang kadar (cukai) boleh sampai kepada 25%,” katanya.

Sumber : FMT

Post a Comment

3 Comments

  1. Puak penjilat buntut MahaKUTTY pasti bangga dengan berita ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ingat dgn ini rakyat nk sokong BN balik ke. hahaha.

      Delete
  2. Cukai saham hanya melibatkan orang orang kaya dan menengah atas. Cukai internet dan harta warisan pula perlu ditetapkan pada jumlah yang tinggi supaya hanya melibatkan nilai yang besar .

    ReplyDelete