Khalid Teruskan Saman Asshima Walaupun Telah Membuat Permohonan Maaf


Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap seorang aktivis kumpulan hak asasi Islam yang mendakwa beliau “menganjurkan” pesta gay di ibu kota.

Saman itu difailkan walaupun Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin sudah memadamkan kenyataan itu daripada video di Facebook dan memohon maaf kepada Khalid.

Khalid dalam saman fitnah bertarikh 13 September lalu mendakwa Asshima mengeluarkan kenyataan tanpa memeriksa faktanya.

“Dalam kenyataan Facebooknya pada 18 Ogos, beliau kata saya melanggar hak umat Islam apabila saya meluluskan pesta gay, serta ia secara tidak langsung kata saya mengakui hak LGBT di Malaysia. Kenyataannya dibuat dengan niat jahat dan menyebabkan orang ramai, khasnya komuniti Islam benci saya,” kata Khalid.

Sehubungan itu, beliau menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Asshima.

Asshima dalam video yang dipadamkan itu mendakwa Khalid meluluskan pesta gay pada Ogos lalu, di mana golongan LGBT “akan berhimpun untuk meraikan kemenangan” kerana pesta itu diluluskan kerajaan.

“YB (Khalid) mungkin bangga dengan kumpulan LGBT, tetapi bagi saya dan Gerakan Muslimah Islam Malaysia, kami akan teruskan perjuangan kami menentang mereka.”

Pegawai Tugas Khas Menteri Wilayah, Zulhazmi Shariff kemudiannya membuat laporan polis terhadap Asshima.

Khalid sebelum ini berkata, beliau akan meneruskan saman fitnah itu walaupun Asshima sudah memohon maaf, tetapi disifatkannya tidak ikhlas dan beliau tidak kesal.

Sumber : FMT

Post a Comment

2 Comments

  1. Lawan tetap lawan. Saman tetap saman. Geng2 walaun dan macai2 ni mesti kena tindakan baharu mereka sedar dan insaf.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. golongan sangka buruk ni bole pakai dgn hujah sbb minda ddan hati dia dah tertutup....so ada saluran undang undang gunakanlah....saman adalah satu kaedah utk menyedarkan atau mendidik...

    ReplyDelete