Najib VS LKS - Najib Lapor Polis Terhadap Najib Razak

Walaupun berseorang dan diminta mendiamkan diri, najib berterusan bertalu-talu menyerang kerajaan pakatan harapan. Isu pembunuhan, najib gesa LKS membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan semula terhadapnya. Najib cuba membuktikan dirinya tidak bersalah dalam apa jua tuduhan yang dibuat sebelum pru14.

Malaysiakini | Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya.

"Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini," katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini.

Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya itu sendiri selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

"Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

"Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan HARAPAN kini adalah kerajaan," kata Najib lagi.

Sementara itu, MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pula berkata Najib berbohong hampir setiap hari.

Menurut Kit Siang, Najib menuduh pemimpin parlimen DAP itu tidak mahu menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap beberapa kes antaranya pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shaarribuu dan bekas pendakwa raya Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais.

"Najib bersalah kerana berbohong hampir setiap hari.

"Semalam Najib berbohong lagi dengan menyebut beliau bersetuju untuk membuka semula kes kematian misteri Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, tetapi "Kit Siang berkata kemudian kes-kes itu tidak patut disiasat lagi'.

"Bila saya cakap begitu?" Soal Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Post a Comment

9 Comments

  1. Kit siang kena sailang dgn najib. Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Adoii petanda2 awal jalan menuju ke hospital tg rambutan nampaknya. Semakin hari semakin meroyan. Pengikut2 pun dah mula menjauh dan ramai juga sekarang menunggu untung nasib kot2 dipanggil sprm dan pdrm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang baca tak komen kt.fanpage dia. Dh ramai penyokong najib mula menyokong. Hang duk tuduh najib, asyik kena soalsiasat saja. Bila mau tangkap najib. Yilekkkk bradarrrr

      Delete
  3. 12:24 patut kerajaan buat pd najib apa yg dia buat pd penentang dia dulu. Jgn bg ikat jamin biar dia dok dlm tahanan. Semua media jgn laporkan apa yg dia cakap. Amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan (legislatif) tidak boleh mencampuri bidang mahkamah (judiciary) dan begitulah juga sebaliknya, tolong fahami hakikat itu.

      Delete
    2. Najib nk alih perhatian drpd isu dia kena kt mahkamah.

      Delete
  4. Najib Razak buat laporan polis terhadap Najib Razak? Ini memang lawak gile! Tapi tak menghairankan sebab dulu Najib si pengerusi 1MDB juga bertanya kepada Najib Razak si menteri kewangan tentang pembayaran hutang 1MDB yang kemudiannya bertanya kepada PM waktu itu Najib Razak gak. Najib, UMNO dan ternakan2nya memang BODOH!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Najib kalau rasa Jiwa Kacau, Lebih baik hisap DADAH. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete