Rasuah RM50 Jer ? Tak Berbaloi Langsung...

Bila ada perebutan kuasa, kuasa paling kedepan semestinya kuasa rasuah. Kuasa rasuah ni ada banyak peringkat mengikut standard. Yang peliknya, menerima laporan tapi tak terus report sprm. Nak siasat dulu benar atau tidak. Kan mudah report jer, biar sprm siasat.

Malaysiakini | Penyandang Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa telah mengesan sekurang-kurangnya satu insiden politik wang dalam pemilihan parti peringkat negeri itu yang berlangsung hari ini.

Shamsul yang juga timbalan menteri industri utama berkata, beliau menerima laporan bahawa seorang calon jawatankuasa cabang di Tangga Batu memberikan RM50 kepada anggota agar mengundinya.

"Saya terima laporan (pada Jumaat) dan saya boleh beritahu yang kami sedang menyiasat perkara itu. 
"Jika dakwaan itu terbukti benar, kami akan bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya seperti dipetik New Straits Times hari ini.

Ini bukan kali pertama dakwaan politik wang dikaitkan dengan pemilihan PKR kali ini.

Pada 15 Oktober lalu, calon timbalan presiden Rafizi Ramli memberi amaran bahawa wang sedang diagihkan untuk membeli undi pada pemilihan itu.

Rafizi juga mendakwa ada yang menjanjikan projek kepada anggota untuk mendapatkan undi.

Azmin Ali yang mempertahankan kerusi timbalan presiden telah menasihatkan agar ahli muda mencontohi pengasas parti yang telah berjuang selama 20 tahun tanpa menggunakan wang dan kuasa.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ok la tu.. Baru belajar.. Kn bru jd kerajaan. Nanti up la next pemilihan

    ReplyDelete
  2. Mcm xamik pengajaran drpd apa yg blaku pd umno.

    Hrap DAP xikut rentak sama

    ReplyDelete