Hati siapa tidak luruh, tambah lagi bila si isteri bertungkus lumus untuk memberi surprise sempena ikatan perkahwinan yang berkekal lama. Tapi si lelaki lupa segalanya dan mahukan madu baru. Sekurangnya cubalah selami perasaan isteri sedalamnya sebelum menambah pasangan, apakah itu kegembiraan pada hari tua.

CandleSugar.Co | Aku ade story nak cerita. Pasal "wife busy plan utk buat surprise anniversary diorang, tapii dlm diam husben dia pegi kahwin lain". Seriussss kisah ni sedih. Dan paling aku sedih, bende ni jd dekat kawan terdekat aku sendiri.

Sila standby tisu

E ni adalah kwn office aku. Duduk sblh aku. Ktorg 1 dept. Dia senior exec aku. Umur dia awal 40an.Kami mmg rapat. Kami slalu share cerita, even ada problm pn kami share sama.
Dia tau aku buat mcm2 bisnes trmasuk laa surprise delivery/party deco ni. Dia slalu support biz aku.

Nk di jd kn cerita, date anniversary dia dh nk dekat. Lagi beberapa minggu je. Dia ada laa deal/order dgn aku utk surprise kn husb dia. Memandgkn husb dia ni jenis yg xingat trikh2 penting ni. Biasalaa, lelaki kn. Biasa gegirl je yg over ingt special date ni

So si E ni order dgn aku suh buat table deco dkt 1 restaurant mewah xberapa nk mewah jgk la, tp kira mahal laa jgk. Utk celebrate anniversary dorg ni. Siap order custom cake lg tu + helium balloon yg cecantik. Mmg aku pn dh deal dgn bos aku utk buat paling cantik khas utk si E ni

Sbb ape? Sbb dia sanggup byr mhl utk aku deco cecantik, nk nmpk exclusive, suasana yg romantik, special utk husb dia. Korg nmpk x betapa syg nyee dia kt husb dia. Jd aku pn lg bersemngt laa nk buatkn utk dia ni. Lg plk dia ni kwn aku dan slalu support biz aku.

Kwn aku ni kategori org have2 laa jgk. Husb dia pn mmg have2. Ada company sndiri. So no wonder laa. Dia pn dh byr depo kt aku utk buat semua ni.

But, unfortunately dia kene tipu hidup2 dgn husb dia korang tau! Serius aku marah gila dohhhh dgn husb dia ni. Rasa nak maki2 jee


Bermula Episod Sedih

2 hari lps, aku smpai ofis, aku tgk dia dh smpai ofis dlu. Aku pelik gak. Sbb si E ni jarang laa nk smpai ofis awal dr aku. Slalu dia paling lewat smpai ofis.

Aku pn tegur la, "awal btl smpai. Mcm mimpi plk". Skali dia pndg aku, aku tgk mata dia bengkak. Bengkak sbb nangis

Terus laa aku tgur, "ehhh, nangis ke kak?  Kenapa? Ape masalah? Dh mcm ikan buntal dh bengkak mata tuu aku tgk".  Pastu dia cuma diam je, xkata apa. Aku pn mcm xnk push dia. Aku kasi dia cool dlu. So kami buat keje mcm biasa je. Dlm mase sama aku tggu jgk dia open cite.

Time lunch tu, dia dh cool skt mungkn, dia baru open cite. Dia bgtau yg laki dia jadi kahwin lg 1.
Mmg sblm ni dia ade cite psl laki dia ade pompuan lain. Tapi laki dia deny, dia kata pompuan tuu cuma kwn je. Tapi si E ni xdela bodoh sgt. Weyy, instinct gegirl ni kuat tau

Si E ni byk kali laa cek phone husb dia time husb dia tgh tido. Dia baca wasap husb dia dgn pompuan tu "bersayang2". Kau ghaseeee?!!  Kawan ke mcm tuuu?

Yg paling horrible nyee, pompuan tuu janda tua je pn weyy. Dah 50an. Yg husb dia tu 40an weyy.  Dasarrrrrrrr!!  

Dh 50an, dh ada cucu. Miang lg nk kt laki org. Dasar pompuan xsedar diri. Serius rse nk tampar. Pastu pandai plk nk cari yg lg muda dr dia. Yg kaya!

Yg si laki nye pun, haish. Xfaham aku ape yg dia pndg kt janda tua tu. Kwn aku body solid, lentik, brgetah lg wey. Kalah anak dara

Aku tanya kwn aku tu, bile majlis nye? Dia ckp 5 oct. Pergh! 

Yg paling lahanat nyee, laki dia ckp kt si E ni, dia pegi outstation kt bintulu. Padahal g kawen diam2. Syaitoonnnn perangaii.  Masa laki dia ckp kt si E ni, dia nk pegi outstation, si E ni dh tau pn. Cuma dia diam je

Korg tgk betapa tabah nye. Aku tanya lg, mana tau laki dia nikah 5 oct? Dia kata, seminggu sblm tu, dia ada cek phone laki dia. Dia baca wasap laki dia ngn janda tu. Dia nmpk janda tu sent invitation card kt laki dia. Skali kwn aku tuu zoom in la kad tu, skali nama diorg berdua

Weyyy!  Ape korg rasa kalau korg kt tmpt si E ni? Hampa dohh!  Nampk nama husb korg dgn pompuan lain dlm 1 invitation card!  Ya Allah. Kalau aku, mau aku pengsan dh time tu.

Sepnjg dia dh nmpk invitation card tu, dia cool je. Dia cuma silent mood dr husb dia. Tp smlm, 5 oct, baru aku tgk mood dia kelaut. Nangis non-stop. Asyik tgk phone. Buat keje jd xjd. Yela korg bayangkn, 5 oct laki dia sedap2 nikah kt sana, si E ni punya perasaan kt sini mcm mne

Pastu aku pn tanya la, hbs mcm mana dgn surprise yg dh deal nk buat tu. Dia kata xpelaa, cancel. Xjd buat. Depo tu ambk je dia kata. Dia kata, nk teruskan lg surprise ni pn dh xde makna lagi bg dia. 

Time dia ckp cmtu, serious aku rasa nk nangis. Dh brtakung dh ayaqq mata aku

Weyy! Anniversary diorg nk dekat, tapiii si husb xguna tuu bole create lg 1 anniversary kt sana. Puihhhh! Ape punya perangaii ni. Aku xleh nk absorb

Semalam, seharian aku tgk dia lesu. Langsung xmkn. Aku tanya, "kenapa dtg keje kalau hati tu tak senang. Duduj rumah rehat la". Dia kata, kalau dia kt rumah, dia takot dia bunuh diri atau buat sesuatu yg xwaras. Tu sbb dia dtg keje. At least dia ada kami2 ni utk share story

Hmmmm. Dia kata lagi, dia selama ni kuat pun sbb anak2. Anak2 masih kecik. Walaupn time tu dia dh tau laki tu ada skandel dgn janda tua tu. Tapi kali ni, bile laki dia btl2 jadi kawen dgn janda tua tu, 1 je dlm kepala otak dia, dia nk cerai. Dia dh xmampu lagi kata nya. Dia xrela

Pada suami di luar sana. Dan bakal suami, tolong laaaa, fikirkan laa hati perasaan isteri korang sblm korang ada hati nk kahwin lg 1. Kesian kn laaa para isteri dan bakal isteri ni. Susah senang dlu sama2, kenapa dh senang, senang2 juga korang nk bagi isteri korg madu. Haishhhh!!

Takde perempuan dlm dunia ni yg rela di madu. Kalau ada pun 1 dalam 10000. *Yg penting, aku pun xrela*

Hadiah anniversary utk si E ni pada tahun ni adalah "BERMADU"!! Syabasss laaa husb dia ni. Niat nk bina masjid baru, masjid lama runtuh

Ada yg tanya, "janda tuu tau tak tuu suami orang? ". Yes!! Dia tauuuuu. Siap dia pegi add friend request lagii dekat fb si E tuuu. Betapa berani dan tak malu nyeee dia 😤 Tapi si E nii tak approve pun request dr si janda tuuu