SPAN Sahkan Air Dibekalkan Boleh Diminum Terus. Apa Kata Rakyat Kelantan?


ISMAWEB | Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini menegaskan, sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria E-Coli.

Ketua Pengarah Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridhuan Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyokong penuh sekali gus mempertahankan kenyataan Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli, Dr Xavier Jeyakumar bahawa air daripada paip selamat untuk diminum.

“SPAN menyokong penuh kenyataan Xavier semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa air daripada sistem bekalan air adalah bersih dan selamat serta boleh diminum secara terus.
“Di Malaysia, air yang dirawat dan dibekalkan kepada orang ramai mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan Kementerian Kesihatan berdasarkan Garis Panduan Kualiti Air oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” kata

Malah, beliau berkata, operator-operator air, Kementerian Kesihatan dan SPAN mengadakan pemantauan berterusan untuk memastikan kualiti air sentiasa selamat dan mematuhi standard.

Kementerian Kesihatan dan SPAN mengambil sampel daripada loji dan sistem agihan secara berterusan untuk ujian berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tidak kurang daripada 38 jenis parameter fizikal, kimia dan mikrobiologi dianalisis bermula daripada muka sauk loji rawatan air hingga ke sistem agihan dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia.
“Terdapat 6,108 stesen persampelan yang terdapat di semua 500 buah loji rawatan air serta sistem agihan di seluruh negara dengan jumlah sampel melebihi 186,000,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut menafikan beberapa kenyataan akhbar yang mendakwa bahawa air paip mengandungi E-Coli yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Katanya, ini kerana E-Coli antara parameter mikrobiologi yang dianalisa secara berterusan oleh operator air serta KKM menerusi PKKMAM dan terbukti air dalam sistem bekalan air awam adalah bebas daripadanya.

“Untuk makluman, pengklorinan adalah satu proses paling efektif dalam rawatan air bagi membunuh segala bakteria yang ada.
“Di akhir rawatan dan sebelum air diagihkan, operator air dikehendaki untuk memastikan terdapat baki klorin bebas sekurang-kurangnya 0.2 mg/l (milligrams per liter) di dalam air terawat untuk membunuh bakteria E-Coli yang berkemungkinan wujud sekiranya terdapat pencemaran di dalam sistem agihan.
“Kandungan baki klorin ini diibaratkan seperti perisai bagi memastikan bekalan air sentiasa selamat kepada orang ramai,” katanya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahaha... Berani ko sebut kelantan. tak takut kena maki ker.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete