Tentera Mengundi Pemilihan PKR Sedangkan Akta Tentera Tidak Membenarkan Terlibat Politik!

Malaysiakini | Seorang pemimpin PKR Selangor hari ini mendakwa kira-kira 30 individu dihalang dari mengundi di cabang PKR Petaling Jaya Utara pagi ini selepas mereka didakwa memegang kad pengenalan tentera.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian itu berlaku kira-kira 10 pagi tadi apabila pegawai bertugas memeriksa kad pengenalan anggota yang hadir untuk mengundi di Dewan Serbaguna Bandar Utama.

"Ada tiga kumpulan 'tentera'... Saya sudah buat laporan ke atas mereka semua kepada menteri (pertahanan)," kata Wong yang mendakwa terdapat percubaan untuk membawa "pengundi hantu" di kawasannya.

Beliau menggambarkan mereka sebagai 'pemuda yang mempunyai penampilan seperti tentera'.

Di bawah Peraturan Angkatan Tentera 2013 (Terma-Terma Perkhidmatan Bagi Angkatan Tetap), anggota tentera tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik.

Menurut peraturan itu, seorang anggota yang dalam perkhidmatan yang melanggar larangan itu boleh dilepaskan daripada tugas mereka.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak Kementerian Pertahanan yang berjanji untuk meneliti laporan Wong.

Wong, yang memenangi jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara tanpa bertanding, turut mendakwa terdapat "pengundi hantu" lain ditemukan pagi ini yang terdiri daripada anggota PKR daripada cabang lain di Selangor.

Mengulas kekecohan yang berlaku pagi tadi, Wong mengesahkan tujuh anggota PKR ditangkap polis.

"Mereka menggunakan kad pengenalan parti palsu, jadi kami tahu," katanya.

Selain Petaling Jaya Utara, dakwaan pengundi hantu turut dilaporkan di cabang Selayang dan Rawang.

Malaysiakini sudah menghubungi jawatankuasa pemilihan PKR bagi mendapatkan ulasan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cuba check dlm pas dgn umno. Ada x ahli dr kalangan tentera. Mohon spr siasat

    ReplyDelete
  2. Laung keadilan bkn main. Hakikatnya.... Hancurrrr

    Dlu kata umno sabotaj. Skrng umno lg ker?

    Hahahahaha

    ReplyDelete