3 Pekerja One City Direman "Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman"


16 individu, termasuk tiga pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) direman untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Mereka yang berusia antara 18 tahun hingga 49 tahun direman antara dua hingga lima hari.

Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Peytaling Jaya mengeluarkan perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kesemua suspek.

Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK), iaitu melakukan khianat dengan api, Seksyen 148 KK (merusuh), Seksyen 427 KK (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Harian Metro

Post a Comment

0 Comments