Kerana Keras Kepala, Engkar Keputusan Mahkamah


Bila perkara dah menjadi buruk dan teruk, baru pelbagai pihak muncul wira simpati. Kononnya menunjukkan belas kasihan. Tetapi mereka engkar perintah mahkamah, cuba tunjuk hero walaupun telah diberikaj wang pampasan untuk membina kuil yang baru. Semuanya gara2 sejarah dan mahu menunjukkan keegoan.

Tidak cukup dengan kekecohan rusuhan, exco DAP selangor mencurah minyak didalam api dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan muslim sebagai dalang. Walaupun statement tersebut telah diubah, tetapi exco DAP selangor tersebut kekal ego dengan enggan meminta maaf. Dikatakan exco tersebut telah melawat adib bomba yang menjadi mangsa perusuh.

Bukan itu saja, menteri hindraf perpaduan yang dilantik sepatutnya mententeramkan keadaan dan memberi sepenuh kepercayaan kepada polis. Tetapi mereka bersama menteri lain tampil dimedia dengan menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak. Apakah dengan menjadi kerajaan tak sampai setahun mereka sudah memahami semua SOP polis dalam menjalankan sesuatu operasi. Nasib perusuh masih baik, polis masih mampu mengawal situasi dan tidak menyerahkan kes kepada ATM.

Rentetan kes ini, kerajaan PH perlu mengambil inisiatif bersiap siaga dengan pelbagai polemik serangan kaum dan agama yang mungkin boleh berlaku diera pemerintahan PH. Jika menteri PH masih taksub dengan budaya pembangkang dan bertindak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian, tidak mustahil rusuhan lebih buruk boleh berlaku.

Kepada pengerusi kuil, terimalah keputusan mahkamah. Ini malaysia

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete