Kerabat diraja dan kerajaan Arab Saudi semakin keliru dengan sistem kehakiman negara kita?

Why not kan?

Pada tahun 2016, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, secara terbuka mengesahkan bahawa RM2.3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma sah daripada keluarga diraja Arab Saudi. 

Kenyataan itu dibuat secara rasmi, di peringkat kerajaan ke kerajaan, dan dianggap muktamad oleh pihak Arab Saudi ketika itu.

Tapi apa yang berlaku selepas itu jauh lebih menghairankan. 

SPRM sendiri terbang ke Arab Saudi, mengambil keterangan wakil Putera, dan kembali ke Malaysia dengan pendirian bahawa surat-surat derma tersebut adalah tulen. 

Tetapi di Mahkamah Tinggi, surat yang sama akhirnya dilabel sebagai palsu, bukan kerana disangkal oleh Arab Saudi, tetapi kerana mahkamah merumuskan tiada pengesahan langsung yang “memuaskan” menurut piawaian pembuktian tempatan.

Persoalannya mudah tetapi besar implikasinya, jika pengesahan rasmi sebuah kerajaan asing, disokong pula oleh siasatan SPRM sendiri, masih boleh diketepikan begitu sahaja, apakah mesej yang sedang kita hantar kepada dunia? 

Bahawa kenyataan negara sahabat tidak boleh dipercayai? 

Atau bahawa sistem kita sendiri gagal menyelaraskan fakta diplomatik dengan proses kehakiman?

Di sinilah punca kekeliruan, bukan sahaja untuk rakyat, tetapi juga untuk kerajaan Arab Saudi yang pernah menyatakan isu ini telah lama ditutup.




Post a Comment

0 Comments