Dr Teo Kok Seong Bidas Tindakan Waytha Moorthy Yang GAGAL!


Pelbagai pihak menyuarakan kekecewaan dengan sikap beberapa menteri dan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang seolah-olah menyalahkan pihak polis berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Su­bang Jaya, Selangor kelmarin.

Malah, tindakan ibarat mencurahkan minyak ke dalam api itu disifatkan sebagai tidak patut berlaku apatah lagi kesemua menteri dan ahli Parlimen itu sudah pun berada dalam kerajaan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pro­f. Datuk Dr. Teo Kok Seong berpandangan, wakil rakyat seharusnya bertindak bijak dengan bertanggungjawab meredakan keadaan, bukannya mengeruhkan lagi situasi tegang.

Dalam keadaan tegang sehingga menyentuh isu sensitif melibatkan perkauman, wakil rakyat tidak patut bertindak sedemikian.
Tindakan mereka itu bukan sahaja mengejutkan, malah amat mengecewakan rakyat seluruh negara kerana gagal mengawal kea­daan.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen semalam, beberapa menteri dan ahli Parlimen PH termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya kerana didakwa mengeluarkan kenyataan salah dan tiba lambat di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, ahli politik tidak sepatutnya bersikap berat sebelah terhadap pihak polis apatah lagi anggota penguat kuasa bertindak menjaga keamanan negara.

Saya merasakan dalam hal ini Waytha Moorthy gagal me­ngawal keadaan. Beliau sepatutnya meminta pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan, bukannya menyalahkan mereka.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berpandangan, beberapa wakil rakyat PH termasuk Waytha Moorthy dilihat mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri dan langsung tidak mengambil peduli mengenai insiden kekecohan itu.

Terserlah dengan begitu jelas siapa beliau ini dan kegagalannya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya sehingga menyebabkan seorang anggota bomba dipukul dengan kejam oleh perusuh.
Tindak-tanduk beliau dan kegagalannya menjalankan amanah teramat bahaya kepada keselamatan dan keharmonian kaum di Malaysia.


Utusan

Post a Comment

5 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete