Dr Maza - Waytha Moorthy PENGKHIANAT!, Polis Perlu Siasat

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak polis melakukan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung kenyataannya yang dianggap mengkhianati negara menerusi penularan satu video baru-baru ini di Facebook.

Mohd Asri berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas Waytha Moorthy kerana kenyataannya itu menunjukkan dia jelas menipu bahawa negara ini mengamalkan diskriminasi antara kaum.

"Saya meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil ke atas beliau. 
"Kenyataan yang disiarkan dalam rakaman tersebut menunjukkan pengucapnya seorang pembohong dan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi.

Mohd Asri berkata, beliau tidak menyangka individu terbabit tergamak membelot negara menerusi penularan video berkenaan.

"Umat Islam hendaklah seia dan sekata tanpa mengira perbezaan latar politik dan fahaman bangkit membantah kenyataan Waytha Moorthy. 
"Kita tidak terbayang wujudnya individu yang begitu khianat kepada negara ke tahap yang sedemikian," katanya.

Kelmarin video lama Waytha Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Sehubungan itu, berbagai pihak menuntut menteri itu disiasat dan dikenakan tindakan atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara.

Antaranya, Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

HMetro

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete